Tujuan / Objektif Cuepacs

  • Membuat apa-apa yang perlu untuk menggalakkan kepentingan atau untuk kesempurnaan kerja-kerja semua atau mana-mana kesatuan sekerja gabungannya.
  • Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan sekerja gabungan dan anggota-anggotanya.
  • Berusaha memperbaiki keadaan-keadaan kerja misalnya pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, keselamatan jawatan, gaji dan faedah-faedah persaraan anggota-anggota kesatuan sekerja gabungan.
  • Mengatur perhubungan pekerja/majikan sepanjang yang mengenai perhubungan di antara Kerajaan dengan mana-mana anggota Kesatuan Anggota.
  • Berusaha menubuhkan jentera yang dipersetujui di antara majikan dengan CUEPACS bagi maksud merunding dan membincangkan segala perkara mengenai kesatuan-kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya.
  • Mengadakan faedah-faedah bagi anggota-anggota kesatuan sekerja anggota sebagaimana yang akan diputuskan oleh Konvensyen Kongres.
  • Berusaha membantu (secara kewangan atau lain-lain) semua atau mana-mana kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya.
  • Membantu mana-mana kesatuan sekerja anggota atau mana-mana anggotanya samada secara kewangan atau lain-lain untuk memperolehi apa-apa nasihat undang-undang tertakluk kepada perbekalan-perbekalan dalam Undang-undang Kesatuaan Sekerja yang berkuatkuasa.
  • Menggalakkan undang-undang mengenai kepentingan kesatuan-kesatuan anggota khasnya atau kesatuan-kesatuan sekerja amnya.
  • Menjalankan, jika diputuskan oleh Konvensyen Kongres, kerja-kerja mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan apa-apa akhbar, majalah, sari berita atau lain-lain persuratan bercetak untuk memajukan tujuan-tujuan CUEPACS atau menggalakkan kepentingan kesatuan-kesatuan anggotanya.
  • Menggalakkan kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan anggota dengan apa-apa cara yang sah yang dianggap patut oleh Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres.
  • Amnya menjalankan segala tindakan dan usaha yang perlu untuk memajukan tujuan-tujuan tersebut diatas mengikut keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kongres dalam Konvensyen Tiga Tahun Sekali atau Konvensyen Khas